Assalamualaikum & Selamat Datang Ke Page Tips Kurus Selamat!

Hai semua.. Nama saya Eliany.. Tapi kawan2 biasa panggil saya Lia.. Lebih mesra gitu.. Hee… Btw Lia dah lama nak buat blog nak share ngn kwn2 semua pasal tips-tips kurus yang Lia biasa amalkan..

Ye la sbb Lia dulu masa anak dara berat Lia 48KG je.. Lepas bersalin anak 1 terus berat Lia jd 60KG. Struggle juga la time tu nak dptkan balik berat ideal Lia… Mcm2 buat. Atkin buat. Exercise buat. Mcm2..

So Lia nak share la ngn kwn2 di Blog ni Tips-Tips yg boleh diamalkan untuk dptkan berat ideal & kurus dengan cara selamat.. heee…. Happy reading ye.. Thx!

Advertisements

5 SENAMAN KECILKAN PEHA

panduan teknik kaedah cara kecilkan peha

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda.

Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk kecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk kecilkan peha anda:

.

1. ‘Kerusi bayangan’

 

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan” untuk kecilkan peha:

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda dan secara langsung dapat kecilkan peha anda.

.

 

3. Pusingan bulatan

Cara Ke-3 utk kecilkan peha adalah dgn baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

.

4. Pakai kasut tinggi!

Image result for high heel shoes

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha sekaligus mengecilkan peha anda. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

.

5. Melompat di atas trampoline

Related image

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan dan juga mengecilkan peha anda. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

.

MINUM AIR DULU SEBELUM MAKAN UNTUK KURUS CEPAT SELAMAT BERKESAN

Salah satu tips yang Lia slalu amalkan untuk kurus cepat selamat dan berkesan, sebelum makan Lia mmg akan minum air dulu. Untuk kurus dengan cepat & selamat, adalah digalakkan utk minum air terlebih dahulu sebelum makan.

Otak manusia sering KELIRU ANTARA HAUS & LAPAR, yang mana menyebabkan kita akan jd lebih makan byk walhal sebenarnya kita hanya haus. Biasanya bila haus, kita cenderung nak makan banyak ikut nafsu.


Maka, sebelum makan, jgn lupa minum air dlu ye kwn2. So takda la lepas tu nafsu makan kita jd kuat. Sbbnya perut da kembung air. Otak dah trigger perut dah kenyang. Maka boleh la kita kurus cepat dengan selamat dan sihat. Tak perlu nak makan pil2 kurus.. Pil kurus ni slalu ada kesan sampingan.. seram tau..


Nak cepatkan lagi metabolisma pembakaran lemak? Jgn lupa guna ALANNASKIN. Proses pembakaran lemak akan jd lebih cepat. Bila dah cepat, maka cepatlah turun KG + inchloss. Berminat boleh whatsapp Lia : 018 – 218 4708 ye…

#alannaskin #kurus #kuruscepat #kurusselamat #tipskurus